Mungkin tewas lebih daripada lima gol: Farah

Monday, February 19, 2018

Mungkin tewas lebih daripada lima gol: Farah

Mungkin tewas lebih daripada lima gol: Farah

KUALA LUMPUR: Penjaga gol Blue Warriors, Farah Ayuni Yahya percaya pasukannya mungkin akan menjadi 'lauk' kepada PKS Uniten-KPT dalam aksi Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM), esok seandainya mengulangi persembahan hambar suku pertama dan kedua ketika bertemu lawan yang sama semalam.

Pada aksi yang berkesudahan 1-1 di Stadium Hoki Bukit Jalil itu, Blue Warriors jelas bernasib baik untuk membawa pulang mata penting tatkala PKS Uniten dilihat lebih banyak melancarkan serangan dan sepatutnya berpeluang memenangi perlawanan dengan lebih daripada lima gol.

"Untuk perlawanan esok kami tidak boleh terlalu bertahan dan terlalu menyerang, mungkin kami perlu lebih seimbangkan corak permainan. Kalau kami bermain seperti suku pertama dan kedua aksi semalam, mungkin kami akan 'dibantai' lebih teruk.

"Saya rasa rakan sepasukan saya mungkin gugup di awal permainan kerana takut kepada lawan yang lebih berpengalaman dan saya rasa kami mungkin tewas lebih daripada lima gol jika tidak kerana kegagalan jentera serangan mereka menjaringkan gol," kata Farah yang berusia 29 tahun.


PEMAIN Blue Warriors, Nor Asfarina Isahyifika Issahidun (kanan) diasak pemain PKS UNITEN-KPT, Nurul Nabihah Mansur pada saingan Liga Hoki Wanita Malaysia, semalam. - Foto MOhamad Shahril Badri Saali

Blue Warriors kendalian Zulkhairi Ariffin tentu menghela nafas lega dengan keputusan seri 1-1 itu yang secara tidak langsung memastikan perebutan gelaran liga masih terbuka buat kedua-dua pasukan yang kini terikat di persada liga dengan 23 mata.

Apapun, Blue Warriors tiada pilihan selain perlu menang dalam aksi kesepuluh liga di Stadium Tun Razak esok kerana mereka ketika ini dipisahkan dengan peneraju PKS Uniten berdasarkan kelebihan gol lawan.

Namun, Farah yang juga penjaga gol nombor satu negara mengingatkan rakan sepasukannya untuk berhati-hati dengan kelibat trio penyerang PKS Uniten - Wan Norfaiezah Sauiti, Hanis Nadiah Onn dan Fatin Shafika Mahd Sukri yang dianggap mampu mengubah keputusan perlawanan.

Ketiga-tiga penyerang negara itu setakat ini sudah mengumpulĂ‚ 15 gol keseluruhan sepanjang musim ini.

"Kami tidak menekankan sebarang resipi untuk mengekang mereka, cuma kami perlu kekal fokus sepanjang 60 minit permainan kerana mereka ini mempunyai kemampuan tinggi untuk mengubah keputusan perlawanan."

Sekiranya menang ke atas skuad bimbingan Lailin Abu Hassan itu, Blue Warriors pastinya berpeluang untuk menjuarai liga meskipun perlu berdepan UiTM (Khamis ini) dan TLHT (Sabtu ini) dalam dua baki aksi liga.

Ă‚ 

Jadual LHWM 2018

Esok

MSN Kedah mln KL Wipers

Std Hoki Kulim, 5ptg

Penang Jrs mlm TLHT

Std Hoki USM, 5ptg

Blue Warriors mln PKS Uniten

Std Hoki Tun Razak, 5ptg



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment