Pengguna jalan raya lalok

Monday, February 19, 2018

Pengguna jalan raya lalok

Pengguna jalan raya lalok

BESUT - Seramai 44 pengguna jalanraya diambil ujian air kencing dalam sekatan jalan raya sempena Ops Bersepadu  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dua lokasi berasingan  di daerah ini.

Operasi di Seberang Jertih minggu lepas dan Seberang Kastam dekat sini bermula jam 8 malam kelmarin itu turut melibatkan pasukan polis trafik dan Jabatan Imegresen.

Ketua Pegawai AADK Besut, Normayati Mat Nawi berkata,  daripada jumlah itu seramai lima orang pengguna jalan raya  didapati positif  dadah selepas melalui saringan air kencing yang diadakan di kawasan sekatan itu.

“Kelima-lima mereka berusia 19 hingga 40 tahun ditahan di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment