Peningkatan mendadak 90 peratus

Sunday, February 18, 2018

Peningkatan mendadak 90 peratus

Peningkatan mendadak 90 peratus

PEMINAT bola sepak di negara itu dijangka perlu membayar lebih untuk pakej perlawanan secara langsung Piala Dunia 2018 nanti, lapor akhbar The Straits Times.

Pakar berpendapat, jumlah bayaran pakej pada kali ini dianggarkan melebihi S$112 (RM332) sebagaimana yang dibayar sebelum ini ketika Piala Dunia 2014.

Ketua Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte Singapura dan Asia Tenggara, James Walton berkata, pakej Piala Dunia 2018 dan 2022 meningkat naik sebanyak 90 peratus berbanding empat tahun lalu.

Katanya, sekiranya nilai hak penyiaran di Singapura juga meningkat naik sama seperti negara utama lain, maka ia merupakan satu peningkatan yang mendadak.

Dalam pada itu, individu industri yang enggan dinamakan berkata, beliau menjangkakan peningkatan bayaran pakej sekitar S$140 (RM415) hingga S$150 (RM445) sahaja.

Tambahnya, jika pakej berkenaan lebih daripada S$150 ia sukar untuk dijual terutamanya apabila hampir separuh daripada 64 perlawanan yang ada berlangsung selepas waktu tengah malam Singapura.

Bagaimanapun, masih belum ada penyiar di negara itu yang bersuara untuk mendapatkan hak penyiaran daripada Infront Sport and Media, pemegang hak penyiaran temasya bola sepak terkenal dunia yang dijangka berlangsung pada 14 Jun hingga 15 Julai nanti di Rusia.

Sementara itu, di Hong Kong, Firma Internet China, LeEco membayar HK400 juta (RM199 juta) untuk mendapatkan hak penyiaran perlawanan berkenaan.

Firma itu dilaporkan membayar lebih 30 peratus berbanding jumlah yang dibayar stesen TVB iaitu USD40 juta (RM155 juta) untuk hak penyiaran sama ketika temasya di Brazil pada tahun 2014 lalu. Manakala di Amerika Syarikat pula, Fox Sport membayar USD425 juta (RM1.6 bilion) untuk hak penyiaran Piala Dunia 2018 dan 2022.

Difahamkan, tawaran tersebut dibuat sebelum pasukan bola sepak negara tersebut tersingkir dalam pusingan kelayakan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment