Ambil dadah angkara cinta

Monday, February 19, 2018

Ambil dadah angkara cinta

Ambil dadah angkara cinta

KOTA BHARU - Angkara terjerat dalam masalah percintaaan, pemuda ini mengambil jalan mudah dengan terjebak dalam gejala penagihan dadah.

Suspek yang berusia 22 tahun itu baru pertama kali mencuba dadah jenis pil kuda ketika pulang ke kampung sempena cuti Perayaan Tahun Baharu Cina, Jumaat lalu.

Suspek yang bekerja di Kuala Lumpur berkata, dia mengalami tekanan perasaan akibat masalah dengan kekasihnya, lalu mencari rakannya yang menjadi tokan dadah untuk mencuba barang haram bertujuan meredakan tekanan.

"Saya tertekan, tak tahu nak cerita dekat siapa. Ini masalah peribadi takkan nak cerita pada orang lain.

"Tak dapat nak fikir dengan baik, sebab itu saya cari kawan ambil pil kuda untuk hilangkan tekanan," katanya ketika ditemui di lokasi Op Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Kuala Krai, pada petang semalam.

Katanya, dia ketika itu dalam perjalanan  pulang ke Kuala Lumpur untuk kembali bekerja selepas tamat tempoh cuti, ditahan pihak berkuasa yang beroperasi selama dua jam bermula 4 petang.

"Saya kerja esok, tetapi ini dah kena tahan tak tahulah macam mana dengan kerja. Keluarga pun tidak tahu saya ambil pil kuda sebab memang baru kali pertama cuba.

"Sebelum ini, saya hanya pekerja kontrak di sebuah syarikat di ibu negara dan baharu sahaja diserap sebagai pemandu jentera ringan di syarikat itu," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment