MCMC, PDRM siasat video warga asing diberi kad pengenalan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berkenaan sebuah video warga asing diberi kad pengenalan yang tular dalam media sosial.
Ketua Pegawai Operasi MCMC Datuk Dr Mazlan Ismail berkata MCMC telah menerima aduan mengenai penyebaran video tersebut.
âSiasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu yang menyebarkannya dengan bantuan pihak PDRM.
âMCMC memandang serius perkara ini dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada,â katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata seseorang yang membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain merupakan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi, menyebar, memuat naik, mahupun mempercayai sebarang bentuk kandungan yang belum ditentukan kesahihannya.
Video berdurasi 2:38 minit itu dipercayai sebuah video lama yang mula tular sejak 23 Januari lalu. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment