Mayat pertama kes kepala air ditemui

Monday, February 19, 2018

Mayat pertama kes kepala air ditemui

Mayat pertama kes kepala air ditemui

SUNGAI BULOH - Seorang daripada lima individu yang dikhuatiri lemas di Sungai Gasi berhampiran Kem Paya Jaras di Sungai Buloh, ditemui  kira-kira jam 9.49 malam tadi.

Mayat lelaki itu ditemui kira-kira tujuh kilometer dari lokasi  mangsa dilaporkan dihanyutkan arus sungai kira-kira 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu berkata, polis menerima tiga laporan dibuat  mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

Katanya, dua daripada mereka memberitahu  ke lokasi  bersama isteri masing-masing berusia 30 dan 48 tahun serta dua rakan yang juga anak beranak berusia 37 dan 14 tahun sebelum dihanyutkan arus deras sungai berikutan air pasang.

Polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki warga Indonesia yang mengatakan rakannya turut hilang dalam kejadian itu.

"Kami diberitahu ada pemancing warga asing lain juga berada di lokasi berkenaan dan dipercayai turut dikhuatiri lemas,"katanya..

Kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan untuk mengesan mangsa bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Terdahulu, kesemua mangsa termasuk dua wanita dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika memancing di sungai berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, Yazli Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.42 petang.

Menurutnya, seramai sepuluh mangsa memancing di kawasan tersebut dan dua daripadanya sempat menyelamatkan diri.

"Seramai 25 anggota dari BBP Batu Arang dan Sungai Buloh terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa terdiri warga tempatan, Indonesia dan Bangladesh.

"Setakat malam ini pencarian ditumpukan di kawasan perangkap sampah di Paya Jaras Hulu," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment