Lemas dalam lubuk

Saturday, February 3, 2018

Lemas dalam lubuk

Lemas dalam lubuk

BEAUFORT: Seorang lelaki ditemui lemas selepas terjatuh di dalam lubuk ketika memancing bersama isteri dan beberapa ahli keluarga di Kampung Sawangan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Salim Kaimah, 61, dipercayai cuba menghampiri dua ahli keluarganya yang berada kawasan tengah pantai, terletak antara 30 meter hingga 50 meter dari tempatnya.

Difahamkan ketika kejadian, kedalaman air adalah pada paras dada.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, mangsa dikatakan cuba ke tempat ahli keluarganya sebelum dia tiba-tiba terjatuh ke dalam lubuk dan tenggelam.

"Menyedari kejadian itu, isteri mangsa bergegas untuk menyelamatkan mangsa kerana mengetahui suaminya tidak pandai berenang.

"Mangsa berjaya dibawa ke kawasan batu berhampiran dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 15 minit kemudian dan dibawa ke Hospital Kuala Penyu dengan ambulans. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas," katanya menerusi kenyataannya, di sini sebentar tadi.

Azmir berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Maraba, Weston keluar rumah pada jam 7 pagi bersama isteri dan tiga saudara lain untuk memancing ikan di pesisir laut kampung Sawangan, Kuala Penyu.

Beliau berkata, kes disiasat sebagai mati mengejut.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment