Kedah tekad ulangi kejayaan musim lalu
JOHOR BAHRU - Tiada istilah kalah akan diterjemahkan Pasukan Kedah dalam aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Taâzim (JDT) malam esok meskipun bakal bermain di laman pasukan itu.
Pengendalinya, Ramon Marcote berkata, hanya satu sasaran yang menjadi buruan anak buahnya iaitu menjulang piala berkenaan sekali gus mengulangi kejayaan yang pernah diraih pasukan itu musim lalu.
âAksi malam esok akan menjadi tempoh yang mendebarkan, kita akan menentang pasukan yang kuat dan mungkin terkenal di negara dan rantau ini, mereka juga ada fasiliti yang baik, pemain dan tenaga jurulatih yang bagus.
âBagaimanapun, saya ada keyakinan untuk perlawanan tersebut, kita datang sini bukan untuk latihan semata-mata, kita mahu menang. Falsafah saya senang sahaja kalau kita tidak menang kita juga tidak kalah,â katanya pada sidang media Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini, petang tadi.
Marcote berkata, perlawanan menentang Skuad Harimau Selatan itu juga bakal menjadi ujian buat para pemainnya untuk mendapatkan rentak terbaik dalam menempuh musim baharu ini.
Mengulas mengenai pertembungan taktikal serta gaya permainan JDT, beliau memberitahu fokus utamanya hanyalah memberikan penekanan terhadap pemainnya dan tidak terlalu memikirkan pasukan lawan.
âSaya tidak fikir banyak pun tentang JDT, sebab apa yang paling penting adalah pasukan dapat berfungsi mengikut falsafah yang telah diterapkan. Saya percaya dengan pemain saya tidak kira senior, pemain import dan pemain muda, mereka tahu peranan masing-masing.
âKita hanya perlu bermain seperti apa yang pasukan selalu lakukan, kerana itu mempengaruhi semuanya. Pasukan saya ada kelebihannya dan mereka telah tunjukkan pada musim lalu dengan mendapat beberapa kejuaraan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment