Terpaksa minta bantuan bomba, cincin tersekat di kemaluan

Tuesday, February 27, 2018

Terpaksa minta bantuan bomba, cincin tersekat di kemaluan

Terpaksa minta bantuan bomba, cincin tersekat di kemaluan

KUCHING: Tindakan lelaki memakai cincin pada kemaluannya mengundang padah dan terpaksa membuang perasaan malu apabila mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan aksesori itu yang gagal ditanggalkan.

Bukan itu saja, malah kemaluan lelaki berusia 45 tahun turut tersangkut sebilah gunting yang dipercayai digunakan mangsa untuk memotong cincin berkenaan.

Selepas usahanya untuk membuka cincin itu gagal, lelaki terbabit akhirnya pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang jam 11.30 pagi ini, untuk mendapatkan bantuan.

Penolong Pengarah, Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, mangsa datang untuk mendapatkan bantuan bomba dalam keadaan cincin dan gunting masih melekat pada kemaluannya.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) memandangkan kedudukan cincin yang tidak kelihatan selain bimbang risiko kecederaan lebih serius dialami mangsa.

"Mangsa dibawa ke HUS menggunakan ambulan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) untuk tindakan lanjut dan bantuan daripada pasukan perubatan.

"Anggota bomba dibantu kakitangan hospital kemudiannya menggunakan menggunakan peralatan khas seperti gerudi angin dan tabung udara bagi mengeluarkan cincin yang tersangkut," katanya hari ini.

Ling Hii berkata, operasi dijalankan berhati-hati kerana mahu mengurangkan risiko kecederaan kepada mangsa.

Katanya, operasi mengeluarkan cincin dan gunting selesai sepenuhnya 25 minit kemudian dan mangsa dilaporkan stabil sebelum diserahkan untuk pemantauan pasukan perubatan HUS.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment