IPD Kulai terima KBSJD baharu

Monday, February 26, 2018

IPD Kulai terima KBSJD baharu

IPD Kulai terima KBSJD baharu

KULAI -  Bekas Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Asisten Superintendan, Nazrol Bongsu dilantik sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai menggantikan Asisten Superintendan, Abdul Manan Ismail berkuatkuasa hari ini manakala Abdul Manan dilantik sebagai Pegawai Turus Kem Komanden Cawangan Kem Komanden Bridget Tengah, Cheras.

Majlis serah terima tugas disaksikan Timbalan Ketua Polis IPD Kulai, Deputi Superintendan, Tok Beng Yeow di Bilik Mesyuarat Melati, IPD Kulai di sini, hari ini.

Nazrol sebelum ini mula berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di IPD Kapit, Sarawak sebagai Pegawai Penyiasat bermula tahun 2006 selepas menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Beliau kemudiannya ditukarkan ke IPD JBS bermula Februari 2010 hingga semalam.

Nazrol berazam memberi komitmen sehabis baik dalam usaha mencapai misi dan visi PDRM membanteras jenayah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment