Dua beradik maut motosikal terbabas

Monday, February 19, 2018

Dua beradik maut motosikal terbabas

Dua beradik maut motosikal terbabas

KULAI - Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan sebelum seorang daripada mereka dilanggar kereta di KM 27.4 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mangsa yang maut adalah Muhammad Zulfakar Zainal Abidin, 22, dan adiknya, Nurfatin Atikah, 19, berasal dari Parit Bachok A dekat Benut, Pontian dan bekerja swasta.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Muhammad Zulfakar yang menunggang motosikal Honda Wave 125 bersama adiknya gagal mengawal motosikal lalu terbabas dan melanggar besi tengah pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan, Muhammad Zulfakar tercampak dan masuk ke dalam longkang di tengah antara besi pembahagi jalan, manakala Nurfatin Atikah terjatuh di atas jalan.

“Secara tiba-tiba, sebuah kereta Honda Civic tiba di tempat kejadian dan gagal mengelak lalu melanggar Nurfatin Atikah,” katanya.

Dzulkhairi berkata, kemalangan itu juga turut menyebabkan kereta dipandu pekerja swasta terbabas dan melanggar besi tengah pembahagi jalan.

“Nurfatin Atikah meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya meninggal dunia di Hospital Kulai.

“Bagaimanapun, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment