230 Orang Asli sertai DAP

Monday, February 26, 2018

230 Orang Asli sertai DAP

230 Orang Asli sertai DAP

GUA MUSANG - Seramai 230 masyarakat Orang Asli menyertai DAP dalam program ramah mesra pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (Harapan) di Kampung Parik, Kuala Betis, semalam.

Program ini turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Wakil Harapan Orang Asli, Nasir Dolah berkata, bukan sahaja penyertaan ahli DAP, malah selebihnya Orang Asli mungkin memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Amanah dan PKR.

"Majoriti Orang Asli sedia membuat perubahan kerajaan setelah memikirkan pemerintahan sedia ada gagal memenuhi kehendak Orang Asli.

"Walaupun majoriti Orang Asli menyokong BN, namun pemimpin anak muda seperti kami sudah sedar dengan isu-isu nasional yang membuktikan kelemahan pemerintahan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment