Wanita OKU ditemui selepas lima hari hilang
PORT DICKSON - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Rumah Rakyat Kampung Permatang Pasir, Linggi di sini sejak 23 Januari lalu telah ditemui dalam keadaan selamat semalam.
Wanita berkenaan ditemui orang awam dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Terdahulu, Hamidah Hassan,56, merupakan OKU pendengaran dan bisu disedari didapati tiada di rumah sekitar jam 7.30pagi oleh anak saudaranya, Norshafika Aziela Abdullah,23, pada Selasa lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pekak, bisu hilang sejak seminggu lalu]
Norshafika sebelum ini risau kerana ibu saudaranya itu bukan sahaja tidak boleh bercakap dan mendengar, wanita itu juga tidak boleh membaca.
"Ditambah, makcik bukan berasal dari sini (Kampung Permatang Pasir), dia baru dua hari tinggal dengan saya.
"Sebelum ini makcik tinggal di kampung Lubok China, dengan ibu ayahnya tapi sejak empat tahun lalu selepas kedua-duanya meninggal dunia, dia berpindah tinggal secara bergilir di rumah adik-beradiknya di Kuala Lumpur," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment