SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengalami kecederaan akibat melecur di tangan kanan ketika menyediakan hidangan untuk anakanda baginda di Istana di Johor Bahru, semalam.
Kejadian berkenaan dikongsikan Sultan Iskandar menerusi Facebook (FB) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Berikutan itu baginda bertitah menzahirkan perasaan dukacita tidak dapat berjabat tangan dengan masyarakat India sempena perayaan Thaipusam, Rabu ini.
"Tangan saya mengalami kesan melecur yang agak teruk ketika memasak.
"Oleh itu, saya tidak akan dapat bersalaman dengan orang ramai dan agak kurang sopan jika kita menyambut salam dengan tangan kiri," titah baginda.
Baginda bertitah dan berharap supaya orang ramai akan memahami situasi ini.
"Namun, saya tetap akan menghadiri perayaan Thaipusam pada Rabu ini kerana tidak mahu mengecewakan rakyat saya," titah Baginda.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment