Tiga mangsa lemas ditemui

Monday, January 1, 2018

Tiga mangsa lemas ditemui

Tiga mangsa lemas ditemui

REMBAU â€"  Ketiga-tiga mangsa lemas di Sungai Pedas di Kampung Merbau 9, di sini selamat ditemui dan operasi berakhir jam 11.00 pagi tadi.

Sinar Harian malam tadi melaporkan salah seorang daripada tiga sekawan yang dipercayai lemas di sungai berkenaan telah ditemui di dasar sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 10.00 malam.

Mayat mangsa, Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Undang Rembau di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis, dua mangsa ditemui berhampiran dalam jarak tiga meter dipercayai kedua-duanya cuba menyelamatkan seorang lagi rakan mereka yang lemas.

“Kedua-dua mangsa yang masih dicari iaitu Muhammad Alias M Sadri, 15, ditemui pada jam 10.55 pagi dan Muhamad Syafiq Rosli, 15, ditemui pada jam 10.10 pagi masing-masing terperangkap di kawasan dasar sungai yang pasirnya digali," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, tadi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Komisioner Nazruel Ekram Abu Shari berkata, susulan insiden berkenaan, pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Daerah sama ada lokasi berkenaan akan ditutup sementara atau sebaliknya memandangkan terdapat kawasan korek pasir yang merbahaya kepada orang awam.

Terdahulu mangsa pertama Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Norzili ditemui di dasar sungai kira-kira jam 10.00 malam.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment