Teman lelaki upahan

Monday, January 1, 2018

Teman lelaki upahan

Teman lelaki upahan

CHINA menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan sewa seperti basikal dan payung dengan hanya menggunakan imbasan pantas pada telefon bimbit.

Perkhidmatan itu telah diperluaskan yang mana wanita 'single' kini boleh menyewa teman lelaki idaman mereka.

Minggu lalu, ratusan wanita sanggup beratur panjang di sebuah pusat beli belah di Haikou, China untuk menyewa teman lelaki kacak pada harga 1 yuan (RM0.62 sen) sejam.

Seramai enam lelaki bujang berketinggian 182 sentimeter ditempatkan di dalam kotak dipasang lampu neon selepas perkhidmatan itu dilancarkan pada 24 Disember lalu.

Menurut jurucakap pusat beli belah itu, pelanggan boleh menyewa mana-mana lelaki pilihan mereka sebagai teman lelaki sementara dengan hanya mengimbas kod QR di luar kotak dan tidak dikenakan sebarang deposit.

Seorang wanita dibenarkan menyewa seorang lelaki sehingga sejam dan sebarang hubungan fizikal secara berlebihan adalah tidak dibenarkan.

Tetapi, mereka hanya dibenarkan 'dating' di dalam premis tersebut.

Stacy Tian yang bekerja di jabatan perancangan acara pusat beli belah itu memberitahu, dia dan rakan sekerjanya mendapat idea perkhidmatan sewa teman lelaki itu kerana mahu membantu wanita single mempunyai teman untuk meraikan Hari Natal.

"Terlalu ramai wanita single di China. Kebanyakan pelanggan di pusat beli belah ini adalah wanita dan kami mahu mereka berteman," jelasnya yang memaklumkan kesemua lelaki itu juga adalah pekerja di premis terbabit yang dipilih kerana mempunyai paras rupa tampan.

Seorang daripada calon teman lelaki itu yang dikenali sebagai Zhuang berkata, beliau telah berkhidmat kepada empat pelanggan wanita berusia awal 20-an.

"Saya teman mereka beli belah, bantu bawa beg dan mengambil swafoto bersama," ujarnya. - DailyMail

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment