Seniman sedia bantu Farid Kamil

Monday, January 15, 2018

Seniman sedia bantu Farid Kamil

Seniman sedia bantu Farid Kamil

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) berharap agar orang ramai berhenti untuk membuat sebarang spekulasi dan andaian berhubung penahanan pelakon Datuk Farid Kamil di Balai Polis Kota Damansara, baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah berkata, orang ramai seharusnya menghormati pihak berkuasa selain memberi ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.

"Kita juga harus memberikan sedikit ruang buat keluarga Farid untuk menyelesaikan perkara ini.

"Namun, kita juga sedia membantu Farid daripada pelbagai aspek termasuk khidmat kaunseling sekiranya diminta berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, Seniman juga akan melakukan siasatan terperinci berkenaan dakwaan masalah artis di set penggambaran.

"Kita dalam rangka menyiapkan garis panduan berkenaan waktu bekerja, syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan kadar bayaran kepada pelakon.

"Insya- ALLAH, ia akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

"Kita berharap ia dapat digunapakai oleh semua produksi di negara ini dan pihak yang menjalankan sebarang aktiviti berkaitan industri kreatif," katanya.

Susulan itu, Hafiz berkata, Seniman juga memohon jasa baik semua ahlinya untuk memberi input berguna agar garis panduan ini dapat disiapkan mengikut keadaan semasa.

"Garis panduan ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan tahap profesional artis-artis di negara ini dengan bekerja di dalam zon yang mengikut hak-hak mereka sebagai  dalam industri kreatif.

"Kita berharap semua pihak yang terlibat dengan industri kreatif dapat memberikan kerjasama bagi memajukan industri ini dengan lebih profesional dan efisyen pada masa akan datang," katanya.

Terdahulu, Farid ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, tempoh tahanan reman terhadap selebriti berusia 37 tahun itu, dilanjutkan sehari bermula hari ini.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment