Kehadiran Nur Sajat dalam Malaysia ternyata mengundang pelbagai kontroversi berterusan dan baru-baru ini sebuah mesej terbuka yang ditujukan kepada usahawan tersebut membuatkan empunya badan turut bersuara.

BACA: Video Muzik Baru Aliff Syukri, Sajat Terus Dikecam



Perkara itu diutarakan oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof menerusi di Facebook.

“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke Jakim supaya kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat. Atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7,” jelas Izwan.



Sementara itu, menurut Sajat, sehingga kini dia masih belum mendapat sebarang maklumat daripada pembantu peribadinya berhubung pertemuan berkenaan.

“Sepatutnya kalau dia (pihak Jakim) nak jumpa Sajat, dia boleh terus berhubung dengan Sajat sendiri atau dengan P.A (pembantu peribadi), bukannya dengan mesej terbuka macam tu”

“Saya sedia berjumpa dengan Jakim tapi biarlah ia dibuat secara berhemah. Kalau elok antara kedua-dua pihak, kenapa tidak? Kita boleh berjumpa, tak ada masalah pun. Sajat tahu di pihak yang benar, bukannya buat kerja-kerja yang tidak elok,” ujar Sajat. (rtky/s)