Kerabat Pahang tampil buat laporan
KUANTAN - Badan Kebajikan dan Kerabat Pahang (BKKP) hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa memperlekehkan dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.
Ahli Jawatankuasa BKKP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan mohon tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang dikenakan ke atas beliau.
Menurutnya, sebagai badan yang mewakili kerabat-kerabat kesal dengan kenyataan tersebut.
รขSaya turut membuat laporan polis agar tindakan dikenakan ke atas individu yang menyebarkan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di bilik peraduan baginda.
"Saya harap polis menyiasat siapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan di internet sehingga menjadi tontonan umum," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain BKKP, tiga NGO lain iaitu Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida), Pertubuhan Peladang Negeri Pahang dan Persatuan Muaythai Negeri Pahang turut membuat laporan polis.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kuantan di sini kira-kira 1 tenghari tadi.
AKAN MENYUSUL
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment