Makmal komputer SK Bandar Baru Uda 2 terbakar

Monday, January 1, 2018

Makmal komputer SK Bandar Baru Uda 2 terbakar

Makmal komputer SK Bandar Baru Uda 2 terbakar

JOHOR BAHRU: Hari kedua sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, dekat sini, cemas apabila makmal sekolah itu terbakar secara tiba-tiba ketika murid baru memulakan kelas.

Semua murid, guru dan kakitangan sekolah itu berjaya dikeluarkan daripada bangunan sekolah terbabit yang dipenuhi asap tebal.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ahmad Nazran Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.34 pagi dan tiga jentera dengan 15 anggota dihantar ke lokasi kejadian.

"Laporan awal mendapati terdapat berlakunya kebakaran di bangunan blok A tingkat 1 di makmal berkenaan.


Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di makmal komputer dalam kejadian di SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru. - Foto ihsan Bomba

"Ketika bomba tiba, api sudah marak di dalam makmal berkenaan dan kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.

"Kebakaran kira-kira 10 peratus itu membabitkan alat perkakas pejabat, peralatan elektrik dan kesan kebakaran membabitkan struktur bangunan.

"Komander operasi mengambil tindakan mengikut konsep RECEO iaitu membuat penyelamatan, pemadaman serta pengudaraan dan mendapati tiada membabitkan mangsa.


Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di makmal komputer dalam kejadian di SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru. - Foto ihsan Bomba

"Semua murid, guru dan kakitangan sekolah berkumpul di tempat selamat dengan membuat pengunsian bangunan iaitu mengeluarkan semua penghuni keluar daripada bangunan dengan keadaan selamat yang dijalankan oleh pihak sekolah," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Ahmad Nazran berkata, kebakaran tidak merebak ke bahagian luar makmal dan pihaknya masih menyiasat lanjut punca kejadian.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment