Kereta peronda terjunam ke parit

Friday, January 5, 2018

Kereta peronda terjunam ke parit



DUA anggota Balai Polis Sabak Bernam terbabit kemalangan ketika mereka mengejar kenderaan mencurigakan di Jalan Parit 12, Sungai Panjang, Sabak Bernam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kejadian berlaku 4 pagi ketika Lans Koperal Shamsul Hisham Mohamad, 30, bersama seorang lagi anggota Balai Polis Sabak Bernam melakukan rondaan sebelum ternampak Proton Satria dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota kemudian mengejar kereta berkenaan sehingga ke lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, pemandu gagal mengawal kereta berikutan jalan licin sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit.

"Akibat insiden itu, Proton Waja dinaiki dua anggota berkenaan remuk di bahagian hadapan namun mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mengenai kes itu masih dijalankan.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment