SPRM serbu 8 syarikat perunding
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lapan syarikat diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu negara dan Selangor, semalam bagi membantu siasatan berhubung pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Difahamkan, empat serbuan bermula jam 10 pagi itu dilakukan di Selangor, antaranya di Puchong, Semenyih dan Subang Jaya, manakala empat lagi di sekitar ibu negara, termasuk Taman Tun Dr Ismail dan Wangsa Maju.
Serbuan terbaharu itu membabitkan syarikat perunding kejuruteraan yang menjalankan kajian bagi pembinaan terowong itu.
Sepasukan pegawai SPRM difahamkan membawa keluar sejumlah dokumen penting, termasuk kontrak dan perjanjian untuk siasatan lanjut.
Serbuan itu adalah susulan beberapa siri serbuan dijalankan SPRM di sekitar Pulau Pinang, termasuk premis kerajaan negeri.
Projek pembinaan terowong dasar laut oleh kerajaan Pulau Pinang menjadi kontroversi apabila dilakukan dengan kos yang tinggi iaitu mencecah RM305 juta dan dibayar secara kaedah 'land swap' iaitu memberi dua lot tanah bernilai tinggi sebagai bayaran terhadap kajian yang dilakukan.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan pihaknya memberi perhatian serius terhadap pembabitan syarikat tempatan, termasuk sebuah syarikat fesyen dalam pembinaan itu.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment