Ejen hartanah rugi RM80,000

Monday, January 29, 2018

Ejen hartanah rugi RM80,000

Ejen hartanah rugi RM80,000

SUBANG JAYA - Seorang ejen hartanah kerugian hampir RM80,000 ditipu sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah bank tempatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai khidmat pelanggan bank, 22 Januari lalu.

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 di sebuah bank di Ipoh namun mangsa menafikan perkara itu.

Panggilan telefon kemudian disambung kepada seorang lelaki yang meminta mangsa datang ke Ipoh dalam tempoh dua jam dan sekiranya gagal berbuat demikian panggilan telefon disambung ke talian kecemasan Balai Polis Ipoh.

"Mangsa kemudian bercakap dengan seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Ang. Suspek meminta butiran diri mangsa sebelum talian kemudian kononnya disambung ke Bukit Aman.

"Mangsa diminta mengeluarkan semua wang dalam akaun bank dimilikinya dan dipindahkan ke satu akaun bank baharu. Mangsa diminta membuka akaun baharu selepas suspek mendakwa dia terlibat dengan seorang lelaki yang terbabit dengan sindiket yang dikatakan memegang 300 buku akaun milik rakyat negara ini ,"katanya.

Mangsa juga didakwa kononnya terlibat dengan transaksi haram dalam talian untuk kes dadah, suspek mendakwa waran tangkap sudah dikeluarkan untuk menangkap mangsa di rumahnya.

"Mangsa mengikut arahan suspek melakukan transaksi pindahan wang dalam semua akaun bank miliknya secara atas talian kononnya bagi elak akaun dibekukan sebelum sedar menjadi mangsa penipuan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment