Belajar dalam banjir

Wednesday, January 10, 2018

Belajar dalam banjir

Belajar dalam banjir

MIRI: Walaupun dinaiki air lebih satu meter, Sekolah Kebangsaan (SK) Seputi, Beluru, dekat sini, masih meneruskan sesi persekolahan pagi ini.

Struktur bangunan sekolah itu yang dibina tinggi memberi kelebihan kepada murid meneruskan sesi persekolahan.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Beluru, Azwan Kamin, berkata sekolah itu mula dinaiki banjir jam 3 pagi selepas hujan berterusan.

"Laluan memasuki sekolah turun dinaiki air sehingga paras pinggang orang dewasa.


MURID Sekolah Kebangsaan (SK) Seputi, Beluru, Miri, belajar seperti biasa walaupun sekitar sekolah banjir - Foto ihsan APM.

"Namun, ruang bangunan sekolah tempat murid tidak dimasuki air, membolehkan mereka meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa," katanya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, guru besar sekolah itu sudah diminta mengambil langkah berwaspada.

Katanya, empat anggota APM dihantar ke kawasan banjir itu bagi memantau situasi dan memeriksa paras air.



sumber: bharian
sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment