Rauf yakin kemampuan pemain import

Wednesday, January 10, 2018

Rauf yakin kemampuan pemain import

Rauf yakin kemampuan pemain import

PENGURUS Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad tidak meragui kebolehan serta kelebihan dimiliki pemain import baharunya walaupun saingan Liga Malaysia 2018 (Liga M) hanya berbaki empat minggu lagi.

Katanya, dia yakin Evan Dimas Darmono, Ilham Udin Armaiyn dan Willian Pacheco tidak bergelut dengan corak permainan dan taktikal yang akan diterapkan.

"Alhamdulillah, setakat ini saya puas hati dengan prestasi pemain import, keserasian mereka juga semakin meningkat.

"Kita akan terus melihat dan menilai pada perlawanan persahabatan akan datang.

"Tapi, dengan kualiti dimiliki mereka selaku pemain profesional, saya percaya mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan apabila berada dalam pasukan baharu," katanya.

Ketiga-tiga pemain import Selangor itu sudah hadir menyertai pasukan terbabit untuk aksi pra musim termasuk pemain import tunggal kelahiran Sepanyol yang dikekalkan daripada musim lalu, Rufino Segovia.

Sementara itu, Rauf berkata, mereka sedang giat merangka beberapa perlawanan pra musim bersama pasukan tempatan selepas hasrat untuk mengasah taring di Indonesia tidak kesampaian.

"Buat masa ini kita telah kenal pasti beberapa pasukan untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

รข€œDari sini (perlawanan pra musim) kami akan perbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan menjelang perlawanan sebenar bulan depan dan saya yakin kami masih mempunyai masa untuk melakukan penambahbaikan dalam pasukan," ujarnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment