Bekalan minyak mentah Johor mencukupi

Monday, January 15, 2018

Bekalan minyak mentah Johor mencukupi

Bekalan minyak mentah Johor mencukupi

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menasihatkan orang ramai untuk tidak risau masalah bekalan minyak masak memandangkan bahan itu masih mencukupi.

Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, pengguna juga disarankan untuk tidak membuat sebarang pembelian panik kerana perkara itu hanya akan menjejaskan proses jualan sekiranya stok dibeli dalam jumlah banyak oleh seorang pembeli.

Menurutnya, di Johor sekurang-kurangnya masih terdapat 4,700 tan metrik minyak masak dalam simpanan yang boleh dibekalkan kepada pengguna.

"KPDNKK Johor mendapati tiada kekurangan yang berlaku bagi bekalan minyak masak di negeri ini selain kita juga masih mempunyai 4,700 tan metrik dengan 37 syarikat pembekal.

"Pihak kami juga tidak menolak kemungkinan ada minyak masak paket 1 kilogram yang sepatutnya untuk orang awam, tetapi dibeli oleh peniaga-peniaga.

“Bagaimanapun, pemantauan stok bekalan sentiasa dibuat bagi memastikan minyak masak cukup di mana-mana lokasi yang kami terima aduan sudah habis” katanya pada sidang media pra pelancaran Karnival Jualan Mega Muafakat Johor dan Biorosort, Biokompos 2018 di Pejabat KPDNKK Johor, di sini, sebentar tadi.

Khairul berkata, tiada kekurangan bekalan kritikal berlaku di Johor dan orang ramai diingatkan supaya tidak perlu risau serta membuat pembelian melampau seolah-olah bekalan itu memang sudah habis.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment