Banjir Kemaman semakin pulih

Saturday, January 6, 2018

Banjir Kemaman semakin pulih

Banjir Kemaman semakin pulih

KUALA TERENGGANU: Banjir di Kemaman semakin pulih susulan cuaca baik hari ini, dengan sebahagian besar mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing sehingga jam 7 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, melaporkan hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka menempatkan 948 mangsa daripada 207 keluarga.

Ia jauh berkurangan berbanding 2,270 mangsa daripada 541 keluarga pagi tadi di sembilan PPS.

Ketika ini, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok kekal dengan 843 orang daripada 189 keluarga, manakala Surau Pulau Tempurung masih menempatkan 105 mangsa daripada 18 keluarga.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Left Kol (PA), Che Adam A Rahman, berkata cuaca baik membolehkan banjir surut dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Jika cuaca terus baik, kita jangka semua mangsa dibenarkan pulang esok," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment