Remaja tinggalkan rumah sebab protes
GOMBAK - Protes kehendaknya mahu bermalam di luar bagi menyambut tahun baru dihalang keluarga, seorang remaja nekad keluar rumah dan menghilangkan diri sehingga kini.
Aqila Farzana Shafuddin, 16 keluar rumah 28 Disember lalu dipercayai berada sekitar Kuala Lumpur mengikuti kenalan WeChat yang baru dikenalinya.
Ibunya, Iza Alfizan Mohd Zaki, 39, berkata, anaknya disedari hilang sekitar jam 6 petang sewaktu dia pulang dari tempat kerja.
"Dia ada maklumkan nak bermalam di luar masa malam tahun baru, tapi sebagai ibu bapa kami halang kerana kurang bersetuju dengan caranya yang terlalu bebas tak sesuai dengan umur dan dia pula perempuan
"Sebelum ini dia ada juga bermalam di luar tapi hanya satu malam saja dan keesokan harinya akan pulang. Tapi kali ini tempohnya paling lama dan hilang tanpa khabar berita," katanya
Katanya, dia ada cuba menghubungi anak sulung daripada tiga beradik itu, namun panggilannya tidak berjawab
"Dia keluar rumah sehelai sepinggang tanpa kad pengenalan. Duitnya mungkin ada sebab semasa cuti sekolah dia membantu bapa saudaranya berniaga di kampung
"Ada juga bertanyakan lokasinya melalui rakan-rakan, tapi tiada yang tahu kerana dia bergaul dengan kenalan baru yang dikenali melalui WeChat atau yang sama-sama berpeleseran dengannya di pusat beli belah M3 Mall," katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 017-3121587.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment