Zulkifli mula tugas secara rasmi hari ini

Tuesday, June 26, 2018

Zulkifli mula tugas secara rasmi hari ini

Zulkifli mula tugas secara rasmi hari ini

KUALA LUMPUR - Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin memulakan tugas secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Beliau tiba di bangunan berkenaan pada pukul 9 pagi sebelum mengetip kad kehadiran  tepat jam 9.10 pagi.

Zulkifli menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Ahmad Safuan Jaafar dengan diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja di Padang Kawad, Dataran Wisma Pertahanan sebelum memasuki pejabatnya di Tingkat Lima.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd Manaf, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Zulkifli dilantik sebagai Panglima ATM yang baharu menggantikan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkuat kuasa 20 Jun lepas.

Zulkifli, 59, pernah memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 2011 sebelum dilantik Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2013. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment