Wakil rakyat pembangkang tetap dapat elaun: Mohd Amar

Wednesday, June 27, 2018

Wakil rakyat pembangkang tetap dapat elaun: Mohd Amar

Wakil rakyat pembangkang tetap dapat elaun: Mohd Amar

KOTA BHARU â€" Kerajaan Negeri Kelantan membayangkan akan memberikan elaun kepada wakil rakyat pembangkang di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri minggu lalu dan keputusan untuk memberikan elaun tersebut telah disepakati.

“Bagaimanapun berapa jumlahnya itu belum kita tentukan. Banyak pendapat yang diterima, ada yang kata bagi separuh, ada yang kata bagi penuh. Maka keputusan jumlah itu masih belum kita putuskan,” katanya kepada media di sini.

Terdahulu, beliau mengiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Majlis Sambutan Hari Raya Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Nilam Puri di sini.

Mohd Amar berkata, wakil rakyat negeri ini diberikan elaun sebanyak RM100,000 setahun bagi membolehkan setiap urusan dilaksanakan bersama rakyat.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment