[VIDEO] STAGG, STAFOC, STING dalam PDRM akan dimansuhkan

Tuesday, June 26, 2018

[VIDEO] STAGG, STAFOC, STING dalam PDRM akan dimansuhkan


Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasssin berkata, pemansuhan tersebut dilakukan susulan penstrukturan semula jabatan di dalam agensi penguat kuasa tersebut. 

Ujarnya, antara yang terlibat dalam pemansuhan tersebut ialah pasukan-pasukan khas yang telah ditubuhkan sejak awal dulu. 

“Saya akan mengumumkan secara lengkap sekiranya pemansuhan ini mendapat kata putus dalam masa seminggu dua lagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri di Kompleks 3, Cawangan Khas Bukit Aman di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika ditemui turut mengesahkan perkara itu.

Katanya, tiga unit tersebut iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).-UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment