Sokong Ahmad Zahid sebagai presiden

Monday, June 11, 2018

Sokong Ahmad Zahid sebagai presiden

Sokong Ahmad Zahid sebagai presiden

JOHOR BAHRU - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menzahirkan sokongan penuh kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno.

Ahli Parlimen Mersing itu berkata, Umno pasti bangkit menerusi kepimpinan Ahmad Zahid yang mempunyai sentuhan dan naluri mendekati ahli parti.

“Saya menyokong sepenuhnya Ahmad Zahid sebagai Presiden Umno yang berjiwa besar yang sudah tentu mempunyai perancangan dan hala tuju untuk merapatkan saf dan kebersamaan pada peringkat pertama ini.

“Soal ini lebih penting sebelum merangka kepada hala tuju saf kepimpinan yang baharu pula,” katanya dalam satu kenyataan.

Abd Latiff berkata, Umno memerlukan seorang Presiden seperti Ahmad Zahid yang seterusnya memerlukan sokongan semua ahli.

Katanya, kesan daripada keputusan PRU14 memperlihatkan peralihan pucuk pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN kepada Ahmad Zahid yang ketika itu Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden Umno.

“Pada ketika keadaan yang rumit dan runcing itu, kesediaan dan keterbukaan Ahmad Zahid menerima amanah yang dipikul sebagai Pemangku Presiden Umno dan Pengerusi BN adalah satu langkah buat seorang insan yang sayangkan parti keramat orang Melayu Bumiputera.

“Kesanggupan beliau jelas menunjukkan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan sanggup memikul tanggungjawab berat. Tanpa mempedulikan betapa teruknya kerosakan yang dialami parti, saya melihat Ahmad Zahid seorang yang pantang berundur, tidak melatah tetapi mempunyai kebijaksanaan untuk mengatur dan membaik pulih bahtera Umno secara berhemah,” katanya.

Beliau berkata, ahli Umno sepatutnya melihat atas kesedaran seorang pemimpin yang sanggup memikul tanggungjawab yang amat berat itu.

Selain itu, katanya, Umno Johor tidak membuat keputusan untuk menyokong mana-mana jawatan pelbagai peringkat termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Kita menyerahkan kepada kebijaksanaan akar umbi bertanggungjawab untuk membuat pilihan mereka sendiri. Jika ada mana-mana pihak yang mengaku Umno Johor cenderung kepada seseorang tokoh seperti Tengku Razaleigh, ia adalah pandangan peribadi dan bukannya daripada Umno Johor.

“Sejujurnya Umno Johor ada pengalaman hitam di antara Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam pada 1987 sehingga menyebabkan Umno lama menjadi haram. Fikirkanlah,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment