Nilai barang kemas masih dikira

Saturday, June 2, 2018

Nilai barang kemas masih dikira

Nilai barang kemas masih dikira

KUALA LUMPUR - Barang kemas dan beg tangan yang disimpan dalam 37 bagasi masih dalam proses pengiraan oleh pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Jumlah bagasi itu adalah sebahagian daripada 72 bagasi yang disita polis dalam pemeriksaan terhadap kediaman dipercayai milik keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavilion Residences di sini, pada 18 Mei lalu.

Difahamkan, proses pengiraan dijalankan sejak Rabu lalu dan berkemungkinan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

Menurut sumber, proses pengiraan barang kemas itu dilakukan pegawai dan anggota JSJK.

“Polis turut mendapatkan khidmat beberapa orang pakar barang kemas dan pakar jam tangan untuk mendapatkan penilaian sebenar barang tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya jumlah terkini, sumber berkata, setakat semalam jumlah bagasi yang dikira masih belum sampai separuh daripada 37 bagasi.

“Proses pengiraan akan terus dijalankan sehingga selesai sebelum nilainya dapat dipastikan dengan tepat,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment