Lelaki berusia 114 tahun cuba berhenti merokok
CAPE TOWN - AFRIKA SELATAN. Masih belum terlambat untuk berubah, begitulah azam seorang lelaki berusia 114 tahun yang cuba berhenti merokok.
Dilahirkan pada 1904, Fredie Blom dari Cape Town dikenali secara tidak rasmi sebagai 'lelaki tertua di dunia', namun setakat ini ia belum diiktiraf oleh Guinness World Records.
Menurut Blom, sejak muda dia menghisap rokok tembakau yang digulung dengan kertas suratkhabar, dikenali sebagai 'pill' oleh penduduk setempat.
"Setiap hari saya akan menghisap tiga batang rokok sehari," kata Blom.
Bagaimanapun, setelah sambutan hari lahirnya baru-baru ini, bekas pekerja ladang terbabit menyatakan hasrat untuk berhenti merokok.
"Saya berasa sihat cuma saya tidak mampu berjalan jauh seperti dahulu, dan saya mahu cuba berhenti merokok," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment