MB Johor adakan Rumah Terbuka Aidilfitri 1 Syawal

Monday, June 11, 2018

MB Johor adakan Rumah Terbuka Aidilfitri 1 Syawal

MB Johor adakan Rumah Terbuka Aidilfitri 1 Syawal

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama, yang dijangka Jumaat ini.

Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor (Medkom) berkata, majlis berkenaan akan diadakan di kediaman Menteri Besar di Saujana di sini bermula 9.30 pagi hingga 3.30 petang.

“Seluruh Bangsa Johor dijemput hadir dan memeriahkan majlis itu,” kata Medkom dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput orang ramai ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh pada 17 Jun bersamaan 3 Syawal di Kompleks Sukan Pagoh.

Majlis berkenaan bermula dari 9.30 pagi hingga 1.30 petang.

Muhyiddin yang juga Adun Gambir akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Bersama Adun Gambir pada 18 Jun bersamaan 4 Syawal.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis itu yang diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir mulai jam 10 pagi hingga 1 petang. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment