Maut rempuh tiang elektrik

Saturday, June 16, 2018

Maut rempuh tiang elektrik

Maut rempuh tiang elektrik

BUTTERWORTH - Seorang maut manakala dua cedera apabila kereta dinaiki mereka merempuh tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Lahat Tabut, di sini semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Lu Khai Hong berusia 33 tahun beralamat di Telok Air Tawar, Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kereta yang dinaiki mangsa dari arah Pokok Tampang menuju ke Tasek Gelugor.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas merempuh tiang elektrik di kiri jalan.

“Kejadian mengakibatkan penumpang belakang mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya iaitu pemandu dan penumpang hadapan mengalami kecederaan di paha dan luka di muka serta mulut,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

“Dua lagi rakan mangsa dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment