Baru-baru ini Elly Mazlein meluahkan rasa gembiranya dengan kunjungan bekas suami yang datang menjenguk anak mereka di rumah. Turut berasa terharu, Faye Kusairi yang berterima kasih kepada Elly kerana menerima mereka akhirnya.

BACA: Mahu Berbaik Dengan Bekas Suami Demi Anak


“Alhamdulillah, saya pun bersyukurlah sebab doa-doa dan harapan kami dimakbulkan. Saya pun nak ucap terima kasih pada Elly sebab sudi berdamai demi masa depan anak dia dan Azmi”


Juga baru menimang cahaya mata baru-baru ini, Faye berharap suatu hari nanti dapat bertemu dengan Elly dan berjumpa Sephia, seterusnya mengakhiri persengketaan yang terjadi diantara mereka bertiga sebelum ini.

“Insya-Allah sudah tentu saya gembira kalau dapat bertemu dengan mereka. Sefhia juga anak suami saya. Itu adalah satu hakikat dan penerimaan saya dari awal lagi. Saya tak akan putus berdoa agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat,” katanya kepada m Star Online.



Sebelum ini Elly merakamkan rasa gembira apabila mendapat kunjungan bekas suaminya, Azmi Hatta. Malah dalam ucapan itu juga, Elly turut berterima kasih kepada Faye dan ingin berbaik demi kebahagiaan anaknya. (rtky/w)