Mahathir akan berundur jika berlaku pertelingkahan

Tuesday, June 26, 2018

Mahathir akan berundur jika berlaku pertelingkahan

Mahathir akan berundur jika berlaku pertelingkahan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan berundur sekiranya terjadi pertelingkahan antara beliau dan pemimpin Pakatan Harapan pada masa depan.

Mahathir menyatakan kesediaannya berundur jika dirinya tidak lagi mampu bekerjasma dengan pemimpin Harapan.

Namun, kata perdana menteri itu, pada masa lalu, beliau dapat bekerjasama termasuk dengan mereka yang menentangnya.

"Mungkin akan berlaku pertelingkahan antara saya dengan ramai orang, tetapi saya sentiasa mampu bertahan dan bekerja dengan mereka yang menentang saya.

"Saya di sana selama 22 tahun, ada ramai yang menentang saya tetapi saya berjaya, jadi jika saya tidak dapat bertahan, saya akan berundur," katanya.

Ditanya sama ada jika beliau boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa segalanya adalah lancar dalam Harapan.

Mahathir menjawab, ketika ini, beliau mendapat sokongan padu daripada majoriti rakyat.

Dalam satu wawancara yang dipetik daripada Channel News Asia berkata, pentadbiran Mahathir yang merangkumi tempoh masa beberapa dekad, sering dipenuhi dengan pertelingkahan mahupun perbalahan.

Semasa 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum ini, bermula dari 1981 hingga 2003, beliau mempunyai empat timbalan menteri, termasuk ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat pada tahun 1998.

Susulan persaraannya, Mahathir berperanan peranan penting dalam menumbangkan pengganti pilihannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada usia 92 tahun, beliau kembali menyertai politik secara aktif dan menewaskan Datuk Seri Najib Razak, yang dicadangkannya sebagai pengganti kepada Abdullah pada tahun 2009.

Sementara itu, Mahathir berkata pentadbirannya mempunyai pilihan untuk menambat semula ringgit atau 'menukar mata wang', tetapi kedua-dua pilihan berkenaan perlu dikaji.

Mahathir melaksanakan kawalan mata wang pada tahun 1998 semasa Krisis Kewangan Asia dengan menambat ringgit pada kadar RM3.80 berbanding dolar AS. Tambatan itu ditarik balik pada Julai 2005 oleh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika ini, ringgit didagangkan pada RM4.023 berbanding dolar AS.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment