'Ku Li layak terajui UMNO'

Sunday, June 3, 2018

'Ku Li layak terajui UMNO'

'Ku Li layak terajui UMNO'

KOTA BHARU: Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, wajar mempertimbangkan cadangan akar umbi yang mahukannya bertanding jawatan Presiden UMNO.

Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak, berkata Ahli Parlimen Gua Musang itu adalah antara pemimpin paling layak menggalas jawatan tertinggi parti dalam usaha membaik pulih semula UMNO.

Katanya, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, perlu mengadakan perbincangan mendalam mengenai keputusan bakal diambil kelak.

"Kita serahkan kepada ahli UMNO yang kini bermesyuarat peringkat cawangan. Masih awal sekarang dan kita lihat bagaimana keputusannya dalam tempoh dua minggu lagi.

"Ku Li sangat sesuai menggalas jawatan Presiden bagi membaiki semula parti dan memang ramai ahli mencadangkan Ku Li bertanding jawatan Presiden UMNO," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengikut laporan sebelum ini, Ku Li dikatakan belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atau sebaliknya pada pemilihan parti kali ini.

Katanya, perkara itu masih dalam pertimbangannya walaupun menerima banyak sokongan ahli akar umbi untuk beliau menerajui UMNO selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14).

Mesyuarat UMNO Cawangan Banggol Lepah, Ketereh, pada 26 Mei lalu, mencalonkan Tengku Razaleigh untuk jawatan Presiden UMNO.

Usul itu dibawa pada Mesyuarat UMNO Cawangan Banggol Lepah dan disokong semua 112 ahli UMNO kawasan terbabit.

Mohd Rozali berkata, UMNO ketika ini dalam pemulihan menerusi mesyuarat di peringkat cawangan bagi mencari dan membaiki kelemahan selepas mengalami kekalahan besar pada PRU-14 lalu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment