KJ bertanding Presiden UMNO?

Saturday, June 16, 2018

KJ bertanding Presiden UMNO?


Menurut sumber, Ahli Parlimen Rembau itu akan mengemukakan pencalonannya hari ini yang merupakan tarikh akhir untuk berbuat demikian bagi bertanding dalam pemilihan UMNO 2018.

Difahamkan, Khairy akan membuat kenyataan pada hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengesahkan bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

Turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut sebelum ini ialah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu menurut laman web UMNO Online, Ibu Pejabat UMNO telah membuka kaunter khas hari ini bagi memudahkan ahli-ahli UMNO yang berhasrat untuk bertanding dapat menghantarnya secara terus.

Kaunter penghantaran borang ini dibuka bermula pukul 8 pagi dan akan ditutup pukul 5 petang ini iaitu serentak dengan tamatnya masa penghantaran borang pencalonan untuk pemilihan UMNO. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment