Kecederaan Kompany buat Belgium resah

Saturday, June 2, 2018

Kecederaan Kompany buat Belgium resah

Kecederaan Kompany buat Belgium resah

KEM Belgium dilanda keresahan menjelang Piala Dunia 2018 yang berbaki dua minggu sahaja lagi apabila tonggak utamanya, Vincent Kompany mengalami kecederaan pangkal paha ketika pasukan itu seri tanpa jaringan menentang Portugal pada perlawanan perrsahabatan awal pagi tadi.

Pemain berusia 32 tahun itu yang merupakan nadi utama di pertahanan Belgium, meninggalkan padang pada minit ke-55 selepas tampak mengalami kecederaan ketika mengawal bola.

Menurut pengendalinya, Roberto Martinez berkata, Kompany memerlukan ujian imbasan untuk menentukan sama ada dia boleh bermain di Rusia atau tidak.

“Anda boleh merasakannya apabila dia meninggalkan padang dan kami semua bimbang.

“Katanya dia berasa tidak selesa di pangkal paha apabila dia berjalan di padang.

"Dia bukan pemain muda, dia tahu badannya. Pada ketika itu adalah masa yang sesuai untuk dia berehat,” katanya dalam sidang akhbar sambil menambah ia memerlukan kira-kira 48 jam untuk menentukan bagaimana serius kecederaan itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment