Jawatan bukan untuk bermegah: Muhammad Faiz

Tuesday, June 26, 2018

Jawatan bukan untuk bermegah: Muhammad Faiz

Jawatan bukan untuk bermegah: Muhammad Faiz

KUANTAN -  Jawatan Exco Pemuda Umno Malaysia bukan untuk bermegah sebaliknya satu amanah yang perlu digalas bagi mengembalikan kepercayaan akar umbi.

Muhammad Faiz Hashim yang memenangi jawatan berkenaan turut berjanji mahu memulihkan kembali Umno selepas kalah pada PRU14.

"Jawatan ini bukan untuk dibanggakan. Ini antara  tugas saya  mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya anak muda untuk menyokong parti ini.

"Terima kasih kepada semua perwakilan di seluruh Malaysia yang mengundi saya. Insya-ALLAH amanah serta tanggunjawab ini akan saya tunai dan laksanakan sebaiknya.

"Nantikan siri jelajah saya di semua bahagian nanti. Moga ALLAH SWT permudahkan segalanya.. Salam Perjuangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Faiz mendapat sokongan 120 bahagian daripada  191 bahagian membabitkan 16,060 undian.

" Alhamdulillah kedudukan top 5 tak pernah saya jangka. Dapat nombor 20 pun dah bersyukur.. Tapi ALLAH  angkat pada kedudukan paling baik. Syukur Alhamdulillah," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment