Harap keputusan ditarik balik: Husam
KOTA BHARU - Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa menerima dengan terbuka isu sekatan memasuki semua pejabat pentadbiran dan istana negeri yang dikenakan kepadanya.
Beliau ketika menjawab soalan diajukan moderator semasa wawancara khas bersama Astro Awani semalam turut memberitahu, perkara tersebut tidak perlu dibincangkan secara meluas dan yakin keputusan yang dibuat mempunyai sebab tertentu.
Bagaimanapun, beliau yakin, keadaan dan masa akan menentukan segalanya dan berharap keputusan tersebut akan ditarik balik satu masa nanti.
"Insya-ALLAH, dengan perjalanan masa, keputusan seperti ini mungkin akan di tarik balik pada masa akan datang. Saya berharap dengan semangat Ramadan, dan apa yang penting kita lihat Malaysia telah ada kerajaan yang baru.
"Dengan adanya kerajaan yang baharu ini, bagaimana kita boleh berinteraksi dengan kerajaan-kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu yang kebetulannya tidak sama aliran dengan pusat.
"Samada Kelantan dan Terengganu di bawah pembangkang iaitu Pas akan menerima layanan yang sama seperti dulu ataupun ada perubahan, ia tidak tertakluk kepada isu-isu peribadi seperti yang telah diperkatakan,"katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment