Elak pembaziran makanan ketika perayaan

Saturday, June 16, 2018

Elak pembaziran makanan ketika perayaan

Elak pembaziran makanan ketika perayaan

KUALA LUMPUR: Kesedaran masyarakat terhadap isu pembaziran makanan pada musim perayaan perlu dipertingkatkan berikutan peningkatan kadar sisa pepejal harian hampir setiap tahun.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sikap pembaziran rakyat tempatan dalam soal pemakanan perlu ditangani secara serius, termasuk mengenakan denda terhadap mereka terbabit.

Justeru, katanya, dalam usaha mempertingkatkan kesedaran ini kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan penting bagi menangani isu berkenaan.

"Menurut statistik Solid Waste Corporation of Malaysia (SWCorp), setiap hari terdapat peningkatan kira-kira 4,000 tan metrik makanan yang dibazirkan, termasuk makanan yang tidak disentuh dari hotel, penjaja, penduduk kediaman dan sumber lain.

"Angka ini akan meningkat pada bulan Ramadan dan pada tahun ini, jumlah pembaziran makanan mencecah 615,000 metrik tan.

"Justeru, saya menasihatkan orang ramai untuk makan secara berhemah, masak atau ambil makan yang diperlukan saja bagi mengelakkan pembaziran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lam Thye juga berkata, bagi menjayakan kempen elakkan pembaziran makanan semua pihak perlu bertanggungjawab untuk menguruskan makanan secara bijak.

"Bagi pihak kerajaan, mereka perlu mempromosikan budaya sifar pembaziran makanan dan mengangkat ia sebagai satu nilai yang baik dalam kalangan masyarakat.

"Premis makanan pula perlu mulakan kempen kesedaran supaya pelanggannya tidak membazirkan makanan, mengambil contoh seperti mana yang dilakukan di negara Jepun.

"Kesedaran ini sangat penting kerana terdapat puluhan ribu keluarga miskin yang tidak mendapat cukup makanan setiap hari. Selain itu, amalan memberi sedekah makanan kepada mereka yang memerlukan juga mampu mengelakkan makanan daripada dibazirkan begitu saja," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment