Cantik di hari raya

Saturday, June 16, 2018

Cantik di hari raya

Cantik di hari raya

KETIKA hari raya ini, kebanyakan wanita, masing-masing mahu kelihatan cantik, berseri dan ceria. Dan pastinya kebiasaan budaya kunjung-mengunjungi memerlukan setiap wanita tidak kira muda atau tua, mahu tampil sedemikian ketika ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Dengan solekan yang dikenakan itu, akan memberikan keyakinan dan keceriaan bagi wanita-wanita seperti kita ini apatah lagi dengan baju raya baharu.

Pun begitu, pemilihan produk solekan perlu diambil berat bagi memastikan produk yang digunakan memberi kesan menawan pada wajah sepanjang hari.

Berkualiti, harga berpatutan

Nur Qiesya, seindah namanya, merupakan salah satu jenama produk kosmetik yang sedang naik kini menawarkan pelbagai produk yang dapat memberikan solekan sempurna kepada wanita pada hari raya ini.

Pengasasnya, Nur Fazlina, 37, sendiri yang memang meminati dunia kecantikan sejak remaja lagi, amat mementingkan aspek solekan pada wajah untuk memberikan kecantikan yang menawan terutama pada hari raya.

Menurutnya, lumrah bagi wanita, mereka mahu kelihatan sempurna dan cantik sesuai dengan pakaian baharu mereka untuk berziarah rumah sanak saudara.

"Oleh itu, dengan penggunaan kosmetik yang betul dan selesa, akan memberikan keyakinan kepada si pemakai untuk lebih ceria ketika menyambut hari raya dengan yang tersayang.

"Bagi saya sendiri juga, hasil minat dengan kecantikan dan solekan, menggerakkan saya untuk menghasilkan produk kosmetik sendiri yang berkualiti dengan harga mampu milik," katanya.

Dan dari minatnya pada kecantikan, tidak kira cantik pada dirinya atau orang lain, membolehkan Nur Fazlina, belajar mengkaji dan menyelidik terlebih dahulu produk yang sesuai untuk dihasilkan.

"Hasilnya setelah enam bulan lebih melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) sejak awal tahun lalu, akhirnya pada penghujung tahun lalu juga, produk pertama Nur Qiesya berjaya dikomersialkan.

"Ia antara jenama yang dihasilkan daripada bahan berkualiti dari kilang Bumiputera yang diiktiraf dan boleh didapati dengan harga sangat berpatutan," kongsinya.

Antara produk yang telah dihasilkan di bawah jenama Nur Qiesya ialah Face Mist, Foundation Glowing SPF 50 (bedak asas), set berus, Unicorn Eye Shadow Glitter Palette, Vitamin C Rosehips dan pilihan tiga wangian Eau De Perfume.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga, turut menyatakan bahawa tujuannya menghasilkan produk kosmetik itu untuk memberikan kepuasan pemakaiannya kepada pelanggan dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis kulit.

Lagi lama, lagi 'glowing'

Istimewanya produk Nur Qiesya menjadikan si pemakai tidak perlu risau dengan ketahanannya apabila dipakai dalam jangka masa yang lama.

"Lagi lama mereka pakai, lagi 'glowing' berseri wajah mereka terutama dengan menggunakan faundation Nur Qiesya.

"Selalunya apabila raya, kita mudah berasa panas kerana menziarahi banyak rumah saudara dan berpeluh serta merasa melekit muka apabila memakai faundation yang kurang sesuai. Namun faundation Nur Qiesya sangat ringan dan selesa untuk dipakai, biarpun telah seharian menggunakannya," katanya.

Selain selesa, Nur Fazlina berkata, produk Nur Qiesya yang boleh didapati di laman web NurQiesya.com, mengandungi pelbagai khasiat yang dapat membantu penjagaan kulit wajah dan mengelak daripada berlaku masalah kulit muka.

"Alhamdulillah ada antara pelanggan kami, sejak memakai faundation Nur Qiesya jeragatnya semakin pudar dan jerawat juga menjadi kecut.

"Ini bukan ubat, tetapi ada kandungan semula jadi dari kandungan vitamin C, E dan pelbagai lagi yang dapat membantu melindungi kulit muka.

"Maka, ia bukan sahaja akan memberikan si pemakai tampil cantik, menarik, dan berseri tetapi dapat melindungi kulit wajah dari cela dan masalah muka lain," jelasnya.

Jadi, hari raya anda akan lebih ceria dan selesa dengan pemakaian dan pemilikan alat solek serta produk penjagaan wajah yang sesuai.

Harga pula bagi produk-produk Nur Qiesya sangat berpatutan iaitu bermula RM39 dan ke atas. Bagi yang mahu mendapatkan set lengkap, hanya belanjakan RM150 sahaja dan sempena promosi raya ini, setiap pembelian set kombo akan diberikan T-Shirt NQ dan sampul duit raya secara percuma.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment