Bouhaddouz ceriakan Iran

Friday, June 15, 2018

Bouhaddouz ceriakan Iran


JARINGAN sendiri Aziz Bouhaddouz pada masa kecederaan menyaksikan Iran melakar kemenangan dramatik 1-0 ke atas Maghribi pada perlawanan pertama Kumpulan B, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tadi, kedua-dua pasukan dilihat bakal berpuas hati dengan keputusan 0-0, sehinggalah Ehsan Hajshafi menyempurnakan sepakan penjuru yang kemudiannya menyaksikan Bouhaddouz cuba untuk menanduk bola keluar, namun akhirnya bolos ke gawang sendiri.

Kekalahan itu pastinya amat mengecewakan untuk Maghribi yang melakukan penampilan pertama  di Piala Dunia selepas 20 tahun, tetapi selepas bermula dengan baik, mereka dilihat lebih berhati-hati di babak kedua.

Penjaga gol Maghribi, Munir Mohand Mohamedi sebelum itu cemerlang menyelamatkan dua percubaan berbahaya Sardar Azmoun dan Alireza Jahanbakhsh.   

 

 



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment