Armand minta Andy Yong jangan emosi singkir Umno

Wednesday, June 13, 2018

Armand minta Andy Yong jangan emosi singkir Umno

Armand minta Andy Yong jangan emosi singkir Umno

SHAH ALAM - Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menegur kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng bahawa parti komponen BN sepatutnya mengadakan mesyuarat dengan segera untuk menyingkirkan Umno daripada parti itu.

Beliau berpendapat, Kim Seng berada dalam sindrom penafian atau bercakap menggunakan emosi ketika mengeluarkan kenyataan kurang bijak itu.

"Sebelum nak mencadang atau nak keluarkan kenyataan beliau harus mengkaji dan menilai sendiri kekuatan parti Gerakan pada PRU14 yang lalu dimana parti beliau hanya mendapat  satu kerusi sahaja.

"Saya nak maklum pada beliau , untuk maklumat Umno berjaya mempertahankan 55 kerusi Parlimen sekali gus pemegang kerusi terbanyak sebuah parti politik dalam Parlimen," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru beliau mencadangkan supaya Kim Seng mencermin terlebih dahulu kedudukan sokongan rakyat pada parti itu dahulu sebelum membuat cadangan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno sepatutnya disingkirkan, bukan parti komponen]

"Bagi Umno, parti ini masih berpegang pada konsep setiakawan dalam parti komponen.

"Walaupun parti daripada Sarawak mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat di bawah Pakatan Harapan.

“Kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah dijalinkan semasa bersama BN, kami yakin suatu hari nant kita akan bersama kembali, kami tahu keputusan dibuat oleh Kerajaan Sarawak atas kepentingan rakyat dan BN menghormati keputusan yang dibuat demi kepentingan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Armand menyatakan kesediaan bertemu Kim Seng dalam isu yang dibangkitkan oleh beliau untuk cari jalan penyelesaian.

"Ini adalah masa untuk BN bersatu bukan masa untuk mencari kesalahan antara satu sama lain, bagi saya ini adalah masa untuk mencari titik penyatuan, menilai dan memahami apa erti sebenar setiakawan BN,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment