304 anggota APM Johor bertugas Aidilfitri ini

Wednesday, June 13, 2018

304 anggota APM Johor bertugas Aidilfitri ini

304 anggota APM Johor bertugas Aidilfitri ini

JOHOR BAHRU - Seramai 304 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor akan bertugas dalam dua fasa sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengarahnya, Mat Zin Bujang berkata, menerusi Ops Bantu 17, kesemua anggota berkenaan akan bertugas sebelum dan selepas hari raya. 

“Fasa pertama sebelum Aidilfitri iaitu pada 13 dan 14 Jun ini, manakala fasa kedua selepas Aidilfitri iaitu 17 dan 18 Jun ini. Sepanjang empat hari operasi Ops Bantu 17 ini, anggota bertugas akan ditempatkan di sembilan Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) seluruh negeri. 

“Mereka akan bertugas pada tarikh ditetapkan bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam dalam dua syif,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Ops Bantu 17 APM Negeri Johor 2018, di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Johor Bahru, di sini, semalam. 

Sembilan PDPA terlibat termasuklah bagi daerah Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Segamat, Kota Tinggi dan Tangkak. 

Mat Zin berkata, matlamat operasi itu adalah untuk membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kesukaran dalam perjalanan. 

“Selain memberi bantuan jika berlakunya kemalangan, Ops Bantu 17 ini turut akan membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakan kenderaan atau kehabisan minyak. 

“Pengguna lebuh raya yang mengalami sebarang masalah boleh hubungi talian 999,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment