Wanita maut selepas bertembung
TUMPAT - Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan motosikal lain di kilometer 17Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor dekat Kampung Telaga, petang tadi.
Kejadian jam 6.15 petang, mangsa, Rosiyah Hayimamu, 46, yang menunggang motosikal jenis Yamaha maut ditempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung Telaga Bata.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa tiba-tiba keluar dari kedai bahan binaan di kiri jalan masuk ke jalan utama.
"Penunggang motosikal lain dari arah Pengkalan Kubor menghala ke Kota Bharu tidak sempat mengelak mangsa sebaik tiba di lokasi kejadian.
"Akibat kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan," katanya.
Penunggang Demax EX90 seorang wanita mengalami kecederaan di kepala dan kaki dan dikejar ke Hospital Tumpat, kemudiannya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment