TERKINI: Penumpang, kakitangan terkandas selamat dibawa turun

Sunday, February 18, 2018

TERKINI: Penumpang, kakitangan terkandas selamat dibawa turun

TERKINI: Penumpang, kakitangan terkandas selamat dibawa turun

PIX Shahrizal Md Noor

LANGKAWI: Semua 1,126 penumpang dan kakitangan perkhidmatan SkyCab yang terkandas di Gunung Machinchang di sini, sudah diselamatkan dan dibawa turun ke stesen kaki gunung pada jam 11 malam tadi.

Syarikat pengendali SkyCab, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi), memaklumkan operasi memulihkan perkhidmatan SkyCab sejauh 2.2 kilometer dengan puncak tertinggi 708 meter dari aras laut mengambil masa kira-kira lima jam.

"Operasi SkyCab tergendala berikutan gangguan dalam sistem pengendalian yang berlaku pada jam 5.48 petang.

"Ketika kejadian, seramai 88 penumpang terkandas dalam 16 gondola sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 9.50 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Kenyataan itu berkata, kakitangan Panorama Langkawi berusaha menjalankan kerja pembaikan sistem pengendalian kereta kabel yang rosak.

"Semua penumpang dan kakitangan yang terkandas berjaya dibawa turun mulai jam 11 malam.

"Selain penumpang yang terperangkap dalam gondola, turut terkandas adalah 210 penumpang dan 36 kakitangan di stesen tengah, manakala 750 penumpang dan 42 kakitangan di stesen tertinggi," katanya.

Kenyataan itu menyebut, operasi SkyCab hari ini akan bermula jam 12 tengah hari bagi memberi ruang kakitangan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment